Cari Duit Online:Vemma: Gerak Usahawan Nasional 2009
Baru-baru ini saya dan geng Vemma baru saja menyertai ekspo Gerak Usahawan Nasional 2009 di PWTC. Ekspo tu menghimpunkan beratus-ratus syarikat yang membuat pameran. Objektif kami adalah untuk memperkenalkan Vemma kepada semua rakyat Malaysia.
Wahh..saya teruja sekali kerana ramai jugak ahli group saya dari serata Malaysia datang sekali memeriahkan. Ada dari Johor, Kedah, Terengganu dan banyak lagi la. Ekspo tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad (6-8 Feb 2009). Tapi saya tak dapat datang pada hari Sabtu kerana ada kursus kahwen..hehe. Saja menggatal nak amik kursus kahwen awal-awal…
Vemma semakin syok…kalau sebelum ni saya hanya buat kerja online 100%, dengan aktiviti Vemma yang ada juga di lakukan secara offline, takde lah saya membesarkan perut di rumah jer..hehe. Seronok boleh berjumpa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama fight. Ok, kita tengok gambar di sekitar ekspo Gerak Usahawan Nasional 2009.
Hari jumaat saya ada kat booth sehari suntuk. Penat sey…Masa ni dah nak balik, sekitar jam 8 malam. Nampak macam penat kan? hehe..
Pelawat membanjiri booth Vemma Internet Business. Ahli-ahli vemma memberi penerangan kepada pelawat.
Hari last sebelum booth di tutup. Semua happy. Siap angkat replika gergasi Vemma..hehe.
Sekarang ni saya enjoy dengan Vemma. Setiap bulan akan di lakukan roadshow di seluruh negara. Senarai aktiviti vemma dalam masa terdekat ini adalah:
Tarikh : 28 Feb 2009
Tempat: Johor Bharu
Aktiviti: Vemma Fast Start Training
Tarikh : 8, 9 dan 10 Mac 2009
Tempat: Kota Bharu
Aktiviti: Gerak Usahawan Nasional Negeri Kelantan.
So, siapa-siapa nak jumpa kami boleh datang ok…Siapa-siapa nak tau lebih lanjut berkenaan Vemma juga boleh datang. Siapa-siapa nak tahu rahsia kejayaan leader-leader juga boleh datang.








